Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
hikayat pengembaraan lisa suriyana
Babak 1:
Lisa suriyana masuk ke bilik hotelnya bersama bagasinya. Dia baru tiba dari KL dan akan berada di pulau pinang selama seminggu kerana pengambaran filem terbarunya bertajuk “Ku Kunci Roda-roda Cintamu”. Lisa suriyana menghempaskan tubuh gemuknya ke atas tilam. Lemak-lemak Lisa suriyana kelihatan bergoyang-goyang macam tauhu lembik.
Lisa suriyana berasa dahaga. Dia terpandang sebuah peti ais di dalam bilik tersebut lalu bangkit hendak membuka peti ais.
Lisa suriyana membuka peti ais. Suatu cahaya putih memancar dan menyelubungi lisa suriyana lalu menyedutnya masuk ke dalam peti ais. Buat seketika tubuh gemuk lisa suriyana tersekat di pintu peti ais kerana peti ais itu tidak berapa besar. Lisa suriyana meronta-ronta mahu lepas. Punggung lisa suriyana akhirnya melepasi pintu peti ais dan kemudian ia tertutup dengan sendirinya.
Babak 2:
Lisa suriyana tercampak di atas lantai papan dengan deras. Badannya berguling-guling. Kepalanya terhantuk di timbunan guni-guni. Lisa suriyana mengaduh sambil menggosok-gosok belakang kepalanya. Kemudian dia bangkit dengan susah payah kerana saiz badannya.
Lisa suriyana melihat sekelilingnya dan mendapati dia berada di atas sebuah kapal dan dikelilingi laut. Lisa suriyana menandang ke atas melihat layar kapal yang tinggi. Angin bertiup kencang ke arah layar dan menggerakkan kapal. Seekor dua burung bertenggek di layar.
Lisa suriyana terdengar tapak kaki berjalan di atas lantai dan suara orang bercakap-cakap di sebalik timbunan guni. Kemudian dua orang lelaki berpakaian melayu dahulu kala muncul di hadapannya. Lisa suriyana serta merta dituduh sebagai penyamun yang hendak mencuri barang-barang di atas kapal. Mereka menangkapnya dan berlaku pergelutan. Oleh kerana kapal teroleng-oleng di pukul ombak, Lisa suriyana berasa loya lalu terhambur muntah. Seorang lelaki memaki hamun lisa suriyana kerana mukanya terkena muntah busuk lisa suriyana. Lisa suriyana kemudian dikurung dalam sangkar di bahagian bawah kapal.
Babak 3:
Lisa suriyana terjaga dari tidur kerana telinganya menangkap bunyi riuh rendah huru hara di atas kapal. Dia mendapati dirinya dikurung di dalam sebuah sangkar kurungan di bahagian bawah kapal. Seseorang menjerit mengatakan kapal diserang garuda! Bukan seekor tapi banyak!
Tidak lama kemudian suasa menjadi sepi. Lisa suriyana mengesyaki semua orang telah mati dibunuh garuda. Kapal teroleng-oleng di laut tanpa nakhoda. Malam itu ribut datang melanda. Angin menjadi kencang dan ombak menghempas kuat. Tubuh lisa suriyana tercampak beberapa kali kerana kapal bergoncang kuat. Akibat tercampak beberapa kali dan keletihan yang amat, lisa suriyana pun pengsan.
Babak 4:
Lisa suriyana terjaga dan mendapati dia terdampar di tepi pantai. Lisa suriyana melihat kapalnya dan sangkarnya telah hancur punah. Lisa suriyana berasa dahaga. Dia cuba memanjat pokok kelapa untuk mendapatkan buahnya. Baru setengah pokok dia memanjat, dia tergelincir dan terjatuh.
Belum sempat tubuh lisa suriyana menghempas tanah satu mahkluk menyambutnya. Mahkluk tersebut menyerupai monyet gergasi dengan gigi-giginya yang runcing. Lisa suriyana ketakutan dan cuba melarikan diri tetapi monyet tersebut memegangnya dengan erat. Lisa suriyana menjerit dan meronta-ronta kerana takut dimakan oleh monyet gergasi tersebut.
Tiba-tiba terdengar satu suara lelaki mengarahkan “bobby” supaya jangan mencederakannya dalam bahasa inggeris. Lisa suriyana melihat tuan punya suara itu dan mendapati seorang lelaki inggeris dengan pakaian seragam sedang tersenyum kepadanya.
Lelaki inggeris:
My apologies madam, for my bobby has done harm on you. Allow me to introduce myself. My name is captain francis light… and that is my pet, bobby, a sasquatch. Please do not worry. He won’t harm you. I guarantee you he is the nicest beast on earth (ujarnya dengan penuh yakin, tata susila dan tersenyum).
Lisa suriyana:
Err… err… my name is lisa suriyana... I want coconut drink (ujarnya dengan ragu-ragu sambil tangan menunjuk ke arah buah kelapa di atas pokok).
Lelaki inggeris (kapten francis light):
I see… Bobby! Bring down here some coconuts!! (arahnya kepada makhluk monyet gergasi yang dipanggilnya “bobby”)
Bobby pun terus melompat ke atas pokok kelapa dan menggugurkan beberapa biji kelapa muda. Kapten Francis light pun mengeluarkan pedangnya dan membelah buah kelapa. Kemudian dia menghidangkan airnya kepada lisa suriyana. Lisa suriyana pun meneguk dengan lahapnya.
Melihatkan lisa suriyana yang meneguk air kelapa dengan rakus, bobby pun terliur dan berkata kepada tuannya, kapten francis light:
Bobby:
Kepten, minah ni kebuloq gila minum camtu… Anyway kepten, boleh bagi sikit tak ayaq nyiok tu? Dahaga la…
Francis light:
Eh, hang ni potong stim la aku dengan awek ni. Nah hang ambik sebijik pi main jauh-jauh!
Lisa suriyana:
Laaa….. korang boleh cakap penang ke? Mana belajar?! (dalam slanga KL)
Bobby:
Biasa la lisa, kami ni dah lama dok penang ni sejak tuan francis light mai jajah penang ni…
Munah:
Ooo.. mana orang lain kat sini?
Francis light:
He.. he... orang-orang I semua ada kat pejabat. I saja ja bawak bobby jalan-jalan makan angin kat pantai batu feringhi ni usha awek-awek kampung melayu mandi. He he he…
Bobby:
He.. he.. he… Uhik! Uhuk! Uhuk! (bobby pun turut ketawa sampai tersedak ayaq nyiok)
Belum sempat kapten francis light bertanya lisa suriyana asal-usulnya, terdengar suara burung-burung besar dari langit datang menyerang kampong di tepi pantai tersebut. Kapten francis light dan bobby pun terkejut beruk sebab out of sudden garuda datang menyerang di petang yang hening tatkala ombak menghempas pantai dengan lembut dan angin bertiup syahdu sepoi-sepoi bahasa.
Gadis-gadis melayu dan nelayan-nelayan yang berada di pesisiran pantai pun bertempiaran lari masuk ke rumah menyelamatkan diri takut-takut disambar garuda-garuda dan dijadikan santapan mereka.
Ketika kapten francis light, lisa suriyana dan bobby panik berlari menyelamatkan diri, seekor garuda menerpa dengan cengkaman kakinya untuk menyambar mereka. Dengan izin tuhan kapten francis light dan lisa suriyana terselamat kerana bobby dengan tangkas dan gagah menangkap kaki si garuda dan menariknya sehingga tersembam ke tanah.
Bobby dan garuda bergelut untuk menang. Beberapa kali garuda hendak mematuk dan mencakar bobby tetapi bobby menepis dengan tumbukan bertubi-tubi ke perut dan muka garuda sehingga si garuda pun mati manakala bobby mendapat luka parah di seluruh tubuhnya. Kapten Francis light dan lisa suriyana cepat-cepat menerpa mendapatkan bobby dan memapah bobby yang lemah ke tempat perlindungan iaitu sebuah gua kecil berhampiran.
Bobby menggelupur kesakitan yang tidak terperi sehingga kapten francis light dan lisa suriyana pun menitiskan air mata tidak sanggup melihat keadaan bobby yang dashat itu. Lalu kapten francis light pun mengeluarkan pedangnya dan menusuk ke jantung bobby dengan nekad demi menamatkan sengsara bobby dengan segera. Sejurus itu berteriaklah tangisan kedua-dua kapten francis light dan lisa suriyana akibat sedih alang kepalang tidak terhingga.
Keesokannya jasad bobby disemadikan dengan penuh istiadat keperwiraan oleh kapten francis light dan orang-orangnya kerana bobby telah dianggap sebagai wira.
Babak 5:
Lisa suriyana menceritakan asal-usulnya bagaimana dia boleh tercampak ke zaman kapten francis light. Lisa suriyana memberitahu kapten francis light bahawa di zamannya dia adalah seorang pelakon popular yang sedang menjalani pengambaran di pulau pinang dan tinggal di hotel bayview.
Kapten Francis light bertanyakan lisa suriyana adakah dia mahu pulang ke zamannya iaitu di masa hadapan. Sekonyong-konyong mendengar jawapan lisa suriyana mahu pulang ke zamannya Kapten Francis light lalu membawanya ke sebuah gudang. Di dalamnya terdapat sebuah benda yang berselubung kain. Kapten francis light menarik kain itu lalu kelihatan sebuah benda yang aneh.
Kapten Francis Light menerangkan benda itu ialah stargate yang berfungsi seperti time machine. Menurut kapten francis light stargate itu dicuri oleh rakannya, lanun kapten jack sparrow ketika singgah di mesir dalam pelayarannya. Dia dan orang-orangnya kemudian mencuri stargate dari orang mesir dan dibawa ke atas kapal untuk terus belayar. Ketika kapten jack sparrow singgah di pelabuhan pulau pinang kapten jack sparrow telah menjual stargate kepada kapten francis light.
Usai kapten francis light bercerita dia pun mengaktifkan stargate tersebut dan melakukan setting apa yang patut. Beberapa minit kemudian mesin tersebut telah pun panas dan sedia untuk berfungsi. kapten francis light menyuruh Lisa Suriyana naik ke atas stargate dan memasuki gerbang stargate yang mengeluarkan cahaya kebiru-biruan itu. Sebelum itu kapten francis light sempat bermadah kasih dan mengucup tangan kanan lisa suriyana sepertimana adat kebiasaan lelaki budiman inggeris terhadap wanita. Tidak berapa lama kemudian, dengan mata kapten francis light yang bergenang, dia melihat dengan rela tubuh lisa suriyana masuk ke dalam gerbang bercahaya biru tersebut dan beransur-ansur ghaib disebalik cahaya tersebut untuk dihantar ke zaman masa hadapan.
Babak 6:
Pengambaran telah ditangguhkan selama tiga hari selama lisa suriyana hilang. Setelah Lisa suriyana kembali ke zamannya, dia cuma mengatakan dia telah dilarikan ke alam bunian. Lisa suriyana termenung di tingkap bilik hotelnya kerana terkenangkan kapten francis light bermata biru yang kacak itu.
Tiba-tiba pintu bilik diketuk orang. Lisa suriyana pergi membuka pintu. Kapten francis light muncul di hadapannya dengan senyuman dan sekuntum bunga ros mekar sambil berkata:
“Jenuh i tanya orang penang kat mana hotel bayview ni tau! Lepas tu nak kena check nama you lagi kat kaunter receptionist pulak.”
Cerpen-cerpen Berkaitan
Semua cerpen-cerpen CintaCerpen-cerpen lain
Perbualan
Perbualan
-
1) baguih dok ada!! syok! Cuma part "Punggung lisa suriyana akhirnya melepasi pintu peti ais dan kemudian ia tertutup dengan sendirinya." adakah punggung Lisa yang tertutup atau pintu penti ais? he he
- Kurusawa
- 11 years ago
-
2) sory ayat tu agak konfius. sebenarnya pintu peti ais yg tertutup. terima kasih kerana prihatin. hehe
- heylelaki
- 11 years ago