Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Malaon nak ke Bazaar Ramadhan

 

Hari ini nafsu saya mengajak saya untuk pergi ke bazaar ramadhan. Bazaar ramadhan yang dimaksudkan terletak di kawasan perumahan saya juga. Tidaklah terlalu jauh dan tidaklah terlalu dekat. Lebih kurang sehisap sebatang rokok. Malangnya saya tidak menghisap rokok, jadi anggaran tadi hanyalah tekaan yang berbau teori sahaja. Senang cerita, bazaar itu terletak lebih kurang 500 meter daripada rumah bilal kampung saya. Tak kenal? Siapa yang tak kenal dengan bilal Gustapa yang bersuara serak-serak Ella and the boys itu? Mungkin kalian masih belum mengenali beliau. Tetapi jika tuan-tuan mengenali beliau, tuan-tuan akan dapati yang beliau merupakan seorang yang mudah didekati dan berbau kari.

Berbalik kepada hasutan nafsu saya tadi.

Nafsu berbisik,

“apa lagi, jom la kita gi bazaar!! Macam-macm ada!! Terlioq oo!!”

Saya menjawab,

“mana hang tau?! Hang dah pi ka?”

Nafsu membalas,

“aku tau laa!!! dah keluaq kat harian metro dah, pasai bazaar kat tempat kita ni!”

Memang betul tuan-tuan, kehebatan bazaar ramadhan di tempat saya memang tidak dapat disangkal lagi. Sebut saja, apa yang tuan-tuan inginkan? Semuanya ada! Bayangkan, di bazar ramadhan tersebut, ada juga dijual meriam buluh lima laras! Ada juga dijual kambing golek gerudi 50 darjah! Tak hebat kah itu?

Akhirnya pada jam 4.30 petang, saya terpaksa akur dengan bujukan nafsu yang telah lama merayu-rayu. Saya siap-siap memakai sepatu di halaman rumah. Tiba-tiba lalu pak bilal Gustapa di hadapan rumah saya.

Pak Bilal berkata,

“wah! Malaon, awal hari ni! Bagus la! Mari kita sama-sama ke surau! Nak asar dah ni!!”

Nafsu yang sedang bergayut di hempedu saya menarik-narik agar saya membuat helah.

“emm…saya nak ke ..nak ke…”

“Nak ke mana?!! Meh la ikut aku, kau la pulak azan hari ni!!”

Bilal Gustapa datang meluru ke arah saya. Ditariknya tangan kanan saya dan terus mendorong saya berdiri. Seterusnya beliau memimpin saya berjalan menuju ke surau. Sambil berjalan, bilal Gustapa berbicara.

“On, aku tengok, sekarang ni, dah ramai anak muda kita yang jauh menyimpang dari ajaran agama. Kau tak macam tu kan?”

Saya menjawab,

“ehem…eh..saya takdelah baik sangat pak bilal..tahun lepas, saya lah yang ikat mercun tarik kat selipar bilal!! tak ingat? ”

“aku tau kau tu suka merendah diri..bagus kau ada hari ni, boleh ganti aku jadi bilal.”

Pada saat ini, surau hanya tinggal lima belas langkah sahaja dari kami. Nafsu yang semakin terdesak terus menjerit,

“woii!!! Malaon! Pasai pa  yang hang pi ikut dia ni pulak!! Ingat tujuan kita!! Bazaar! Bazaar!”

Saya menjadi serba salah. Menjaga hati pak bilal atau hati si nafsu yang lebih utama? Eh! Mengikut pak bilal bukan soal menjaga hati! Ini soal nak solat asar. Lagi selangkah nak ke tangga surau, tiba-tiba saya melepaskan pegangan tangan pak bilal Gustapa.

“emm..pak bilal, saya senak perut la! Saya nak pi tandas sat!”

“baiklah..aku tunggu kau!”

…………………………………………………………….

Selepas isya’ saya terkentut (perlahan saja bunyinya) dan bangun menuju tempat ambil wudhu untuk memperbaharui wudhu. Selepas ini solat terawih. Di sana saya bertemu dengan pak bilal.

“On, sedap kau azan asar tadi! rasa macam kari”

…………………………………………………………………

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) ahhaa.....macam kari

Cerpen-cerpen lain nukilan Kurusawa

Read all stories by Kurusawa