Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Mendengar-didengar

 

"Bagitau aku tentang perasaan yang pelik ini; cinta."

Dia memandang tajam ke Khairul, menantikan jawapan kepada soalan tersebut. Dalam masa yang sama, matanya sedikit teralih ke halaman lapang di belakang Khairul, seorang gadis sedang gelisah berdiri keseorangan di tepi tembok pengasing ruang sana.

"Malas ah," Khairul bermuka lurus, "buat apa nak fikir benda cinta, kasih, bagai tu. Banyak benda lain lagi boleh fikir."

Alicia tidak lepas pandang terhadap gadis tersebut. Jawapan Khairul tidak mengecewakannya, atau menerujakan; dia duduk dengan keadaan yang pegun.

"Tengok tu."

Khairul toleh ke belakang. Gadis gelisah sedang berdiri seorang dengan telefon di tangan.

"Dia tengah tunggu seseorang." Alicia berkata, "gaya dia berdiri dengan keadaan tak senang tu nampak macam tengah tunggu pakwe atau orang istimewa yang lain."

Khairul fokus memerhati dan cuba untuk cerna pernyataan Alicia. Ianya benar, gadis tersebut sangat tidak senang berdiri. Kadang-kadang ada waktu dia berjalan dua, tiga tapak ke depan dan kemudian berpatah balik ke belakang. Mulutnya kumat-kamit seolah tengah berkata sesuatu. Khairul perasan apa yang Alicia cuba maksudkan kecuali satu.

"Tapi muka dia agak tenang untuk menunggu orang."

"Well, dia kena sesuaikan diri dengan sekitar. Dia kena berlakon."

Khairul kembali menoleh ke arah Alicia. 'Berlakon' merupakan perkataan yang dia tidak jangka keluar dari mulut Alicia.

"Judgmental."

Alicia kembali pandang ke Khairul. Sedikit mulutnya menandakan senyuman, tanda terima tanggapan Khairul itu tadi. Dia kembali pandang ke arah gadis tersebut.

"Hm, tak." Alicia membalas, "judgmental is a strong word you know. Perceiving. All I'm doing right now is perceiving."

"Apa beza perceive dengan judge? Aku rasa sama je."

"Ianya lain."

Kali ini Alicia kembali fokus ke muka Khairul. Muka seriusnya menandakan sebalik rupa terdapat seribu fikir yang tersemat. Ia biasa bagi Alicia, gadis 20an yang separuh darinya mengejar dewasa dan separuh lagi disimpul silam remaja. Alicia pernah beritahu Khairul yang dia sangat terkejut dengan perbezaan umur ke 20 itu seolah seluruh dunia - dari jalan raya tar, ke batang lampu, ke rumah-rumah pangsa, ke bangku di taman, ke matahari - semuanya cuba dikompakkan dalam satu bebola bulat dan ditekan kuat ke akalnya. Khairul rasakan apa yang Alicia cuba maksudkan dulu adalah mengenai tanggungjawab sebagai beban. Alicia masih belum bersedia untuk melangkah ke dewasa.

"Selagi kau ada tanggapan dekat orang tentang dia ni macam ni atau dia ni macam tu, itu bermakna kau telah lakukan perceive ni. Judge bila kau mula act upon it, kau mula start asingkan diri dengan dia yang kau judge tadi. Atau worst, kau mungkin bencikan dia. Aku rasa itu beza judging dan perceiving."

"Well," Khairul senyum, "mungkin kau betul, atau mungkin kau tak betul."

"Aku tak kisah aku betul atau tak, itu idea aku tentangnya." Alicia membalas rapi, "macam kita percaya pada kebenaran dan akhirnya kita taktau sama ada ia benar atau tidak — ia soal yakin. Aku yakin dan percaya tentang beza tersebut. Ingat lagi kat filpen Mautopia yang kita tonton kat youtube dulu? Gadis yang dalam kereta tanya sama ada kereta itu sedang bergerak atau kereta itu dalam keadaan statik, yang bergerak hanyalah persekitaran di luar — seolah ada layar. Aku rasa bila kita ada konsep kepercayaan begitu, kita lebih selamat berbanding manusia peneroka, adventurous, yang lain. Kau tak rasa mereka bodoh? Sebab bagi aku ianya tepat, mereka bodoh."

Alicia berhenti untuk bernafas pantas. Khairul hanya pandang dan mendengar kerana itu apa yang selalu dia bagus mengenai; mendengar.

"Aku rasa apa yang mereka cuba cari ialah peluang dan ruang. Benda sangat jelas, apa yang mereka buru pada akhirnya adalah kepuasaan diri. Well, yang bernasib baik, usahanya bakal dibalas dan bagi yang tak, mereka akan kutip sayap yang gugur dengan tangan yang takde jari."

"Alicia, kau bercakap dengan metafora."

"Ya, aku tau. Sebab aku taktau nak nyatakan rasa terhadap situasi tersebut dengan jelas. Atau lebih tepat, dengan berat emosi yang sama. Kesakitan mereka yang gagal tu lebih dari sedih atau murung, ianya something else. Macam Nietzsche nyatakan sepi dalam tulisannya, loneliest loneliness; sepi yang tersepi, mungkin."

Khairul terima dengan wajah yang serius namun masih mampu mengawalnya dengan senyuman kecil. Dia tidak tahu siapa Nietzsche dan dia tidak ingin tahu mengenainya. Alicia yang tidak bersedia dan takut untuk melangkah ke dewasa ini juga ialah gadis yang mempunyai seribu satu idea mengenai kehidupan. Khairul tidak pelik, dia faham akan keadaan. Mereka yang banyak berfikir begini adalah yang paling tidak selesa dan takut untuk melangkah.

"Jadi, aku rasa kau dah boleh stop kot fikir banyak." Khairul berkata, "kau dah kena jadi judger instead of perceiver kot. Macam sekarang kau terlalu berfikir soal kehidupan dan akhirnya kau tak bergerak pun. Kau kena tau yang kita sem.."

"Wei, tengok balik perempuan tu!"

Kata-kata Khairul diabaikan Alicia. Khairul tahu ia laku sengaja Alicia. Berbeza dengan dirinya, Alicia bukan seorang pendengar yang baik. Dia selalu akan elakkan mana-mana idea yang datang kepada dirinya. Dia lebih senang untuk terima dengan apa yang ditulis melalui teks di dalam buku. Malangnya, Alicia memilih untuk baca buku yang kandungannya agak murung dan berat. Maka apa yang wujud di depan Khairul adalah seluruh teks murung, berat, soalan bagai itu tadi berbentuk seorang gadis bernama Alicia.

Khairul setuju untuk hentikan katanya dan menoleh ke belakang, melihat gadis itu kembali.

"So, apa bendanya? Sama je minah tu duk sorang menunggu BFnya konon kan?"

"Tengok betul-betul kat dia." Alicia menggesa pantas, "kemudian kau dongak selari dari tempat gadis tersebut."

"Hah?"

Khairul pelik dengan arahan Alicia tersebut namun mengikutinya. Pandang, dan dalam arah selari dengan tempat gadis itu berdiri, dongak ke atas.

"Nampak tak kat langit tu?"

"Erm Alicia, kita kat bumi dan sains telah membuktikan di atas bumi - di lapisan luar - ada langit. Jadi kalau aku kata tak nampak, ia mungkin soal kepercayaan itu tadi atau mat.."

"Shhh." Alicia pantas memotong seloroh Khairul, "see, ada satu je bintang kat atas tu kan? Macam masuk akal dengan gadis tersebut. Simbol bersendiri."

Khairul cuba berfikir dengan pandangan Alicia. Kepekaan Alicia sangat mengagumkannya.

"Simbol bersendiri. Melainkan bintang tu takde kaki untuk mundar-mandir dan mulut yang kumat-kamit untuk nampak gelisah, aku rasa ya, ia simbol kepada gadis tu."

"Bintang sana tak pernah bersendiri, ada je yang lain cuma tak bersinar.Gadis tu tak pernah bersendiri sebab ada kita semua." Alicia pandang meja dengan sedikit senyum, "tapi sebab dia tak bersendiri tulah jugak maknanya dia dalam sepi, kan?"

Khairul senyum tanda faham akan apa yang dimaksudkan Alicia. Dia memandang jam tangan, ia sudah pukul 11.30 malam. Dia menunjukkan tanda ke Alicia untuk balik dan berkemas sambil mengambil barang-barangnya di atas meja. Termasuk dengan Alicia — dia ambil Alicia dan sematkan rapi dalam begnya.

Sebelum bergerak ke parkir kereta, Khairul sempat senyum ke gadis tersebut.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) deep betul Alicia

Cerpen-cerpen lain nukilan syxmie

Read all stories by syxmie