Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Min patah hati.

 

Min mengalami patah hati yang teruk.

Tali pertunangan yang diikat bersama kekasihnya Mikael diputuskan secara tiba-tiba. Perkenalan selama sepuluh tahun diantara Min dan Mikael betul-betul berakhir sebulan sebelum majlis pernikahannya. Mikael ditangkap polis ketika sedang menjalankan perniagaan haram (mengeksport bakteria baik strain Gudgud dari usus buaya). Mikael dijatuhkan hukuman jerut leher sampai lumpuh oleh Mahkamah Tinggi Rendah Kebangsaan. Min jadi histeria sebaik menerima berita pemutusan pertunangannya itu. Ketika itu, Min sedang leka menonton neneknya memarut kelapa di dapur. Tiba-tiba saja rancangan TV diganggu oleh rancangan khas oleh Jabatan Penjara Kebangsaan. Wajah Mikael muncul di kaca TV membuat siaran langsung.

“Min, dimana jua kau berada, maafkan aku. Kita terpaksa putuskan pertunangan. Aku tak mampu lagi meneruskan perhubungan kita! Aku menyesal menjadi penyeludup, kalaulah aku…oh!”

Min terpegun seketika (55 saat) sebelum dia bangun dan mengalami histeria. Jeritan dan pekikan Min melantun ke segenap ruang rumah. Dia seterusnya bangun dan berlari sekeliling kampung sambil menarik-narik rambut di kepalanya. Dia berlari sambil menangis dan memekik-mekik nama Mikael.

Setelah diselamatkan oleh Jabatan Bomba yang diketuai oleh Encik Gipari al-Junaidy, Min dikejarkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur. Seminggu dia terbaring seperti orang koma. Selepas itu ibu bapa Min membawanya pulang ke rumah dengan menaiki bas rapid. Pemandu bas Rapid iaitu Dr. Badiozaman Basyeer (di Bangladesh beliau ialah seorang doktor sakit tuan )hampir-hampir diserang Angina pectoris sewaktu terpandang wajah Min yang kelihatan seperti ikan sebelah. Keadaan tekanan perasaan Min mempengaruhi bentuk fizikalnya. Stress yang melampau mengubah penampilan dan rupa Min.

Di rumah, Min hanya berbaring di atas lemek yang dibentangkan oleh ibunya di dalam bilik. Dia tidak mahu makan apa-apa kecuali keropok Roda dan aiskrim Malaysia perisa asam boi.

“amboi!!! Makcik, saya tak pernah jumpa orang putus tunang teruk macam ni!”

Kata Adu si Becok sewaktu datang melawat Min.

Ibu Min hanya diam sambil menghidangkan teh perisa jagung dan biskut lemak empat segi kepada Adu. Seterusnya Adu menyambung lagi,

“dulu..masa saya putus tunang. Takde la macam ni makcik…saya rileks je…saya Cuma nangis sehari je makcik…esoknya dah boleh lari-lari, main game, dah boleh mengadu domba, dah pegi mengumpat dan sebagainya lah!!”

“yelah Adu, makcik nak buat macamana..Min ni lemah orangnya..”

Ibu Min hanya mampu mendengar celoteh Adu si Becok yang juga merupakan anak saudaranya.

Seminggu Min terlantar macam kain buruk di rumah. Bapa Min dah mencuba berbagai-bagai kaedah untuk merawat Min. Dukun, bomoh, pawang, Power Rangers pun sudah dihubungi(Min minat rancangan Power Rangers). Malangnya keadaan Min masih kekal malar seperti itu. Melepek, kering, lembik dan busuk.

Masuk hari yang ke seratus, dengan tak semena-mena Min bangkit dari pembaringan dan meluru ke bilik air, mandi dan menyiapkan dirinya. Ibu bapa Min tercengang-cengang bercampur syukur yang teramat sangat. Selesai berpakaian, Min berjumpa ibu dan bapanya. Dia tersenyum bagai bulan purnama hari ke-15.

“Mak, ayah, Min minta maaf..Min dah banyak menyusahkan Mak dan ayah! Min dah puas baring dan meratapi nasib diri. Min betul-betul bodoh dan Min menyesal!”

Ibu dan bapa Min yang masih terkejut dengan perubahan anaknya itu hampir tak terkata apa-apa.

“mak, ayah, Min minta izin untuk keluar dari rumah dan mahu ke Bandar untuk mengubah nasib diri Min!”

Min bersalam dengan ibu dan ayahnya. Sewaktu masih mencium tangan bapanya, Min menangis teresak-esak. Sebelum berangkat meninggalkan ruang tamu rumahnya, Min terhenti kerana mendengar suara bapanya yang nampaknya telah mendapat kekuatan untuk berbicara.

“ sampai di Bandar, carilah kerja yang baik, jaga solat, dan yang paling penting, Mohd Amin bin Rajali!! bersemangatlah!!!”

Mata Min berkaca-kaca apabila bapanya menyebut nama penuhnya itu. 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Mikael nie kalo tak awek Finland, mesti awek Jerman atau Spanyol. (ruj:Wikipedia.org)

Cerpen-cerpen lain nukilan Kurusawa

Read all stories by Kurusawa