Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
Pak Kadiyag
“Sedihnya aku..!! huwaaa, huwaaa!! Tengah nangis ni..! Alaaaa!!”
Pak Kadiyag membenamkan muka ke lengan sambil duduk sebelah lutut meninggi. Airmata berjuraian membasahi kain pelikat lusuh yang seminggu tak basuh-basuh.
“Kenapa ni ayah? Buruk sungguh menangis pagi-pagi ni? “ Tanya anaknya yang bongsu sambil memakai seluar dalam melalui celah bawah kain tuala. Mukanya berkerut melihat orangtuanya berkelakuan sedemikian rupa.
“Ahhhh, kau diam!! Kau budak-budak mana tahu cerita orang tua-tua bercinta..! Ooopppssss!!!!!”
Cepat-cepat Pak Kadiyag menekup mulutnya sendiri akibat terlepas cakap.
“APA??!! Bercinta?” Anak bongsunya terkejut terus mengoyakkan baju kemeja yang baru saja mahu disuakan tangan ke lengan.
KREEEEEhhhhhh~!
Dicampaknya baju serentak kain tualanya terlucut.
“Haa laa, bercinta! Aku sedih sebab marka aku tu tak sudi nak menikah dengan aku!! “
Pak Kadiyag bingkas berdiri sambil menumbuk dinding kayu rumahnya kuat-kuat berkali-kali.
Dum, dum, dum, dum, dum, dum!!!
Satu rumah bergegar macam gempa bumi. Anak bongsunya terus menggelabah cuba menstabilkan diri dari terjatuh.
“Ayah, ayah, Sabar yah sabar!! Janganlah jadi gila macamni, Talipon la dia discuss semula elok-elok.”
“Mana boleh nak discuss-discuss dah, ini bukannya study group! Ini kes marka aku takmau kat aku. Don’t want, You know don’t want???!! “ Pak Kadiyag terus menumbuk-numbuk dinding rumah dengan wajah yang sedih gila. Sebelah tangan lagi sibuk menggulung-gulung kain pelikat yang hampir terlondeh.
...................................................
Petang semalam.
“Kadir, I nak bagitau you satu benda ni..”
“Apa dia ling? Cakap, cakap..”
“Tapi you kena janji you tak mengamuk kalau I bagitau you..”
“Yalah,yalah…I janji I tak mengamuk..”
“Ok..macamni, sebenarnya…sebenarnya….”
“Sebenarnya apa dia ling?? Cakaplah cepat..”
“Sebenarnya, I nak..”
“You nak apa..?”
“I nak makan…eh, salah..i nak kita..”
“Kita kawin cepat-cepat?”
“Bukan…”
“Habis tu? Kita pegi pejabat agama esok?”
“Bukanlah…”
“Kalau bukan, apa dia?”
“I nak kita…”
“APA DIA?”
“Kita putus!!!!! , I tak nak kawin dengan you la Kadir!! You tak hensem , you pendek, you tak ada SPM!!, I tak suka !!!, Mulai hari ni, you jangan cuba talipon I lagi Kadir, nah! Ambik balik cincin mainan you ni!! Puiihhhh!!”
“Sampai hati you Meriam, tunggu, tungguuuu!!!”
..............................................
Asap rokok daun perisa buah nangka dihembus perlahan dengan mata kuyu yang merah. Setiap sedutan dinikmati sedalam-dalam kerongkong ke paru-paru. Sesekali tangan menggaru kulit kepala yang tiba-tiba rasa gatal. Mungkin sebab dah tiga hari tak mandi.
“Nah ayah ! pegi mandi sana.” Anak bongsu Pak Kadiyag menghulurkan segulung tuala baru yang belum dikeluarkan daripada plastik bersulam madah “ Selamat Pengantin Baru”. Gaya tulisan berpusing-pusing.
Menjeling tuala itu, mata Pak Kadiyag terus terbeliak seluas-luas alam. Dibalingnya rokok daun ke lantai. Dengan kedua-dua belah tapak tangan menggeletar, dia berkata;
“Meriam kawin dengan siapa??, Siapa dia laki yang hensem, tinggi dan ada SPM tu??”
“Err…manalah saya tahu ayah…” Anaknya meletakkan tuala tersebut di lantai dan terus masuk ke bilik.
“Meriam…oh, Meriam..peluru mana pulak yang kau nak kawin ni Meriam oiii..??”
Pak Kadiyag terus terjun ke tanah tanpa menuruni anak tangga. Selipar disarung laju-laju dua-dua belah kaki serentak kalut-kalut jalan macam nak berlari. Baju tak pakai sambil membawa tuala tadi menuju ke tepi pokok kelapa hujung jalan sebelah reban ayam.
“Biarlah aku mati..!”
Dicekiknya seekor ayam betina yang kebetulan lintas di atas bumbung reban.
“Kokkkkoiokk!!” jerit ayam betina tersebut meminta nyawa. Sayapnya menggelabah berkepak-kepak sambil terlompat-lompat cuba menendang pak Kadir.
Dushhh..!!!!
Pak Kadiyag tercampak ke belakang berguling-guling-guling di atas tanah terhantuk perdu pokok kelapa. Ayam betina tersebut berjaya mem “flying-kick” ubun-ubunnya.
“Pergilah cari perempuan lain, banyak lagi yang cun-cun belum kawin pak Kadir oii..!!” ujar ayam betina tersebut sambil bercekak pinggang.
Membetulkan kepala otak yang terpusing & kepala lutut yang tercabut, pak Kadiyag menjawab ;
“Kau ada katalog tak?”
“Ada, nah!” Ayam betina itu menyeluk poket yang entah ada celah mana-mana terus mengeluarkan sekeping kertas lalu dihulurkan kepada pak Kadiyag. Pak Kadiyag cepat-cepat merampas katalog itu dan melihat dengan terbeliak mata.
“Uuuuiiiii…..!!!”