Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kau untuk aku ke?

 

Dia mula dah! Tak habis-habis dengan kegiatan tak bertauliah dia. Kalau sedap, aku boleh consider lagi. Ini tak. William Hung tu pun menang tau tak.. Kau spesis katak ke?? Aku tertekan!

“Ibu, Bal benganglah dengan orang sebelah ni. Karaoke malam-malam buta. Orang nak cuti dengan gembira pun tak boleh!” aku mengomel dengan ibuku. Mana tidaknya. Sepatutnya, waktu cuti semester macam ni la aku nak rehat kat rumah. Tapi ini bukan rehat namanya!

“Sabar je la Bal. Ibu ni dah lali dah,” itu je lah dialog ibu.

 

 

“Orang suruh ibu tegur, ibu tak nak. Takkan Bal pulak nak tegur? Entah siapa-siapa nanti yang keluar,” geramnya! Nyanyi lagu Siti Nurhaliza pulak dia.

 “Bal baru 5 hari duduk rumah. Ibu dah ada kat sini sejak dia pindah hari tu. Budak universiti jugak tu. Hari minggu baru dengar suaranya. ” budak U? Memalukan kaum seantero!

“Bal tak tahanlah, ibu. Bal nak tegur diorang!” aku terus keluar bila lagu Irwansyah, Pencinta Wanita pulak yang kedengaran.

 

 

Tok.. Tok…

“Hello!” marahku.  Karaoke kuat sangat sampai aku tekan bell pun tak dengar. Sah pekak!

 

“Oi! Bukak pintu ni la!” aku menjerit lagi.

 

 

“Sudahlah Bal. Mana nak dengarnya kalau dah melalak macam tu,” ibu cuba memujukku. Aku masih berdegil.

 

 

“Bukak pintu ni la! Kau nak aku pecahkan…” pintu dibuka laju daripada dalam.

“Ya?” dia tersenyum sehingga aku hampir tergamam. Gile hensem! Eh, Balkis. Berada di alam yang nyata. Serius!

“Boleh tak kalau hormat sikit jiran-jiran sebelah. Awak dah bukak lagu tu kuat sangat. Kalau dah kempunan sangat nk jadi artis tapi tak laku, pergi pusat karaoke. Melalak puas-puas. Kita duduk rumah flat. Tolong hormat sikit boleh tak?” akhirnya berjaya aku luahkan walaupun aku hampir kalah dengan senyuman kekacakan lelaki ni!

“Tak boleh,” dia bermain tarik tali denganku. Tolonglah jangan senyum…

“Kalau tak boleh, pindahlah,” aku berkata berani.

“Saya dah sewa rumah ni. Awak tak ada hak langsung nak halang,” katanya pula. Kau memang merosakkan muka hensem semulajadi kau dengan pencuci muka keparat!

“Saya pengguna juga. Saya ada hak sebagai pengguna dalam kawasan sini!” marahku. Dia tersenyum lagi.

“Tuntutlah hak awak sebagai pengguna,” katanya dan terus menghempas kuat pintu rumahnya. PELESIT!

“Oi, bukak pintu ni, sengal!” dia menguatkan suara di dalam. Makin aku jerit, makin dikuatkan. Akhirnya aku mengalah.

 

 

“Bal nak turun bawah. Report kat guard,” kataku sambil melangkah masuk ke rumah untuk memakai pakaian yang lebih sesuai.

 

 

“Biarlah Bal,” ibu masih cuba untuk memujukku. No way mom! Ego aku memang tinggi!

 

 

“Ini biliknya pakcik,” aku menunjukkan bilik lelaki keparat tadi. Tapi tiada lagi lagu yang kedengaran. Dia sengaja tutup karaoke tu ke? Kekurangan asam punya jantan sengal!

“Diam je pakcik tengok. Ada orang ke ni?” pulak dah. Jaga kau!

“Ada pakcik. Kalau tak percaya, pakcik tanya ibu saya,” kataku lagi.

 

 

“Betul Encik. Tadi bising betul,” ibu menyampuk.

 

 

“Kita cuba tanya dulu,” kata Pakcik guard tu.

 

 

“Assalamua’laikum,” masih diam. “Assalamua’laikum,” amboi-amboi. Pandai ye kau! Aku terus kedepan, untuk mengetuk pintu tersebut. Belum sempat aku menjerit, terdengar pintu itu mula dibuka.

 

 

“Waa’laikumussalam,” aku tersenyum kecil. Eh, ini ke lelaki tadi?

 

 

“Minta maaf pakcik. Saya tengah tidur tadi. Ada apa ni?” dia bertanya dengan suara yang sengaja diserakkan. Penipu antarabangsa!

 

 

“Oh, kamu tidur ke?”

 

 

“Dia menipu pakcik! Tadi saya siap terjerit-jerit dengan dia!” aku diserang histeria!

 

 

“Tak apalah, nak. Macam ni je la. Kalau nanti dia buat bising lagi, anak datang jumpa pakcik terus. Boleh?” aku terdiam. Pakcik ni ingat aku menipu ke?

 

 

“Tapi, pakcik….”.

 

 

“Sudahlah, Bal,” ibu menyampuk. “Terima kasih, Encik. Minta maaflah kami menyusahkan Encik,” sambung ibu lagi. Pakcik guard tu tersenyum sebelum melangkah turun. Ibu juga mula melangkah masuk ke dalam rumah semula.

 

 

“Kau keparat,” aku berkata perlahan sambil memandang tajam ke arah lelaki hensem sengal itu.

 

 

“Apa dia sayang? I tak dengarlah,” katanya sambil tersenyum sinis.

 

 

“Jangan harap kau selamat!” ugutku dan terus masuk kerumah dan menghempas pintu sekuat hati!

         

        Belum sampai 5 minit selepas insiden itu, dia berkaraoke lagi. Makin kuat pula aku rasakan. Memandangkan dalam tingkat ini cuma rumah kami je yang berdekatan dengan rumah lelaki itu, memang kami sahajalah yang dapat dengar jelas setiap suara sumbang jantan katak sengal tu. Ish, kenapa kau hensem?! Kesian jejaka-jejaka hensem di luar sana. Nama mereka turut musnah dalam hati aku. Eh, belum lagi kot? Aku masih gatal di paras yang sama agaknya.

 

 

            Ibu keluar ke pasar pada pagi itu. Disebabkan aku bangun memang di ‘awal pagi’, terpaksalah ibu ke pasar sendiri. Anak dara yang memang berguna betullah aku ni. Disebabkan takut di marahi ibu nanti, aku mengemas dapur, buat apa yang patut.

 

 

“Bal! Baru bangun ke kamu?!” sedang aku ingin membuang sampah, aku disergah. Aku menoleh memandang ibu.

 

 

Sorry, ibu….. Eh, kenapa ibu dengan dia?” aku bertanya pelik. Lelaki Hensem Sengal tu ada di sebelah ibu sambil memegang beberapa plastic beg di tangannya.

 

 

“Dia pergi pasar jugak ke?” aku tergelak besar. “Duduk rumah bujang, makanlah kat luar. Siap pergi pasar! Macam tau masak je!” meleleh air mataku dek kerana tergelak.

“Dia tolong ibu! Dia yang temankan ibu pergi pasar pagi tadi. Nak harapkan kamu, tak ke pasarlah nanti,” marah ibu. Terdiam terus aku! Lelaki Hensem Sengal tu temankan ibu? Ibu kena bomoh ke apa ni?

“Masuklah dalam Pis. Kita sarapan sama-sama,” kata ibu lembut kepada lelaki yang dipanggil sebagai Pis tu.

 

 

“Sarapan sama-sama? Apakah!” tak sempat aku komen, lelaki itu dah melangkah masuk.

 

 “Kamu duduk sorang ke kat rumah tu Pis?” ibu bertanya. Amboi! Lembutnya ibu? “Saya tinggal dengan kembar saya. Kadang-kadang tu, adalah kawan saya datang. Tapi tengah cuti semester ni, masing-masing balik kampung,” jawabnya lembut. Kembar? Padanlah tak sama! Aku dah agak dah. Takkan Lelaki Hensem Sengal semalam kena sumpah sampai terus jadi baik macam ni. Eh, ini bermaksud ada Lelaki Hensem Tak Sengal yang wujud di depan mata aku? Yes!
 

”Family kamu semua duduk mana?” ibu bertanya lagi. Oh, silakan tanya, ibu. Bakal besan ibu tu nanti.

“Mak ayah saya dah meninggal. Saya tinggal dengan adik saya je sejak diorang meninggal. Kitorang pindah sini pun sebab dekat sikit dengan kolej. Lagipun, duduk berdua je. Rumah kecik pun tak apa,” jawabnya, penuh berbudi bahasa. Hitam putih sungguh kau dengan adik kau.

“Samalah macam makcik ni ha. Tinggal berdua dengan anak makcik lepas suami makcik meninggal. Duduk berdua ya tak? Rumah kecil senang,” dia tersenyum memandangku. Hai, saya Balkis. Panggil Bal je, kataku di dalam hati.

 

 

“Bal, kamu dah sudah? Kemas meja ni,” ibu mengeluarkan surat perintah.

“Saya balik dulu, makcik. Terima kasihlah untuk sarapan ni,” katanya. Sempat dia bersalam dengan ibuku sebelum keluar. Dia melemparkan senyuman kecil ke arahku sebelum melangkah. Ah, sangat berbudi!

“Ibu, itulah bakal menantu ibu!” aku bergurau dengan ibuku selepas kelibatnya hilang.

 

 

“Terkejut Bal tengok ibu dengan dia. Ingatkan lelaki semalam. Baru nak keluarkan petir daripada mulut,” kataku lagi.

 

 

“Ibu keluar pagi tadi pun terkejut di sapanya. Ramah budak tu. Tak macam adik dia,” ibu menambah pujian untuk bakal menantunya.

 

 

“Sudah tentu wahai ibuku! Adik dia dengan dia, macam kopi dengan susu! Macam madu dengan hempedu, macam kancil dengan waja....”

 

 

“Sudah! Pergi kemas dapur,” ibu memotong kata-kataku.

 

 

“Baiklah,” aku tersenyum kecil. Sejak ayah meninggal, aku dan ibu makin rapat. Malah, aku begitu berani untuk berkata apa saja dengan ibu. Termasuklah, bakal menantu! Sengihanku makin lebar….

 

 

 

“Hai sayang,” aku terserempak dengan jiranku di luar rumah ketika aku sedang lepak di balkoni.

 

 

“Kau apsal?” kontra gile dengan abang dia. Dia tersengih-sengih.

 

 

“Relax la. Garang sangat kenapa? Kerek gile kau ni,” dia membalas sambil ketawa.

 

 

“Kau dengan abang kau, sangatlah berbeza kau tahu tak?” aku sengaja mencari topic untuk menyakitkan hati dia.

 

 

So?”

 

 

“Abang kau tak marah ke kau bising-bising, melalak malam-malam?” aku bertanya lagi.

“Apahal pulak dia nak marah? Dia join aku sekali!” katanya sambil ketawa. Boleh percaya ke cakap budak ni? Asyik ketawa je. Tiga suku ke? Takut pulak aku.

“Masa aku jumpa dia hari tu, aku ingat kau sembur ubat guna-guna kat aku dengan mak aku sampai kitorang terleka sekejap. Rupanya kembar kau,” aku mula bercerita ringkas. Entah mengapa, senang pula aku bercerita dengan dia.

 

 

“Tak kuasa aku nak guna benda-benda mengarut macam tu. Lagi satu, kenapa pulak aku nak guna-gunakan korang?” dia tergelak. Betul jugak ye? Aku pun turut tergelak kecil.

 

 

“First time kau gelak depan aku. Kalau tak, menyinga je,” hilang ketawa aku di tegur begitu.

 

 

“Dah kau sengal sangat. Cuba jadi macam abang kau. Terus aku jadi lemah lembut berbudi bahasa,” kataku sambil tersenyum.

 

 

“Aku dengan abang aku memang lain. Aku rapat dengan ayah aku. Dia rapat dengan emak aku. Pasal tu agaknya,” katanya perlahan. Mungkin merindui parents dia agaknya? Aku sekadar mengangguk kecil.

 

 

“Nama kau apa?” dia bertanya.

 

 

“Bal. Kau?”

 

 

“Bal? Nama penuh apa?” dia bertanya pelik. Pelik ke nama Bal tu?

 

 

“Asy Balkis,” balasku.

“Asy Balkis? Unik betul nama kau! Apa maksudnya?” aku tergelak. Aku pun tak tahu! Entah ada makna, entah tidak.

“Aku tak tahulah pulak makna nama aku. Nama kau apa?” aku pula yang bertanya.

 

 

“Taufik. Panggil aku Epik ke,” Epik?!

 

 

“Lawak gile nama panggilan kau,” aku ketawa besar.

 

 

“Kau ingat ‘Bal’ tu sedapla?” dia ketawa seiring dengan tawaku. Sungguh! Aku senang dengannya.

 

 

“Nama abang kau apa? Aku dengar mak aku panggil Pis je,” tanyaku lagi.

 

 

“Hafiz. Kau asyik cakap pasal abang aku je. Kau suka dia ke?” tiba-tiba dia mencipta kontroversi.

 

 

“Tempurung kepala kau!” sangkalku pantas. Dia tergelak kuat.

 

 

 

“Pergi ke mana Bal?” emak bertanya ketika aku melangkah masuk ke rumah.

 

 

“Tak ada ke mana pun, lepak luar je,” jawabku ringkas. Teringat pertemuan aku dengan Epik tadi.

 

 

“Yang tersengih-sengih tu kenapa? Pergi buang sampah tu. Dah melimpah-limpah dah,” baiklah ibuku. Aku mengambil sampah untuk di buang.

 

 

“Eh, hai Balkis,” aku menoleh ketika namaku dipanggil.

“Hai,” confirm Apis. Sopan semacam je.

“Nak buang sampah ke? Biarlah saya tolong buangkan. Saya pun nak buang sampah juga ni,” katanya penuh berbudi.

“Eh, tak apalah. Bukan apa pun” jawabku lembut. Kenapa aku tiba-tiba jadi budak lemah lembut semacam je ni? Kalau ibu tengok ni, mahu terpengsan sekejap tengok anak dara cemerlang dia ni.

“Nampak awak dengan Epik tadi kat luar. Ada apa-apa ke?” yang adik gosipkan aku dengan abangnya. Yang abang pulak buat gosip aku dengan adiknya. Elok benarlah korang ni kembar!

“Tak adalah. Terserempak je tadi. Lepak sama-sama, borak kosong,” sungguh berbudi bahasa dialog aku. Tapi, bila borak dengan Hafiz, aku menjadi lebih ayu. Ini satu kebaikan ke keburukan?

 

 

“Bila habis cuti semester ni?” aku pula yang bertanya.

 

 

“InsyaAllah awal bulan 7 nanti. Awak?” aku tersenyum kecil Entah apa-apa yang kitorang borakkan ni?

 

 

“Samalah. Awal julai juga,” akhirnya masing-masing terdiam. Tiada topic mahu diborakkan sampailah kami masuk ke rumah semula. Hanya senyuman menjadi pengganti ‘bye bye’.

 

 

“Lama Bal buang sampah?” ibu menegurku.

 

 

“Terserempak dengan Apis tadi. Borak-borak,” jawabku malas.

 

 

“Sebelum tu, borak dengan Epik. Adik Apis tu,” tambahku lagi.

 

 

“Eh, Bal borak dengan adik dia?” aku mengangguk kecil sambil tersenyum.

 

 

“Elok pilih baik-baik. Dua-dua tu kembar,” kata ibu tiba-tiba.

 

 

“Pilih? Plih apa?” aku bertanya bodoh.

 “Kalau Bal suka salah seorang daripada budak-budak tu, pilih elok-elok. Cakap elok-elok dengan yang lagi seorang,” kata ibu lembut. Eh, ibu salah makan ke tadi? Seram sejuk aku. Meremang bulu roma dengar dialog ibu. Kembalikan ibuku!

“Ibu cerita apa ni? Baru jumpa berapa kali. Borak ni pun first time, dah sampai ke situ pulak ibu ni,” aku menyangkal kata-kata ibu. Ibu cuma tersenyum kecil. Tak dapat aku tafsirkan maksud senyumannya. Ibu ni buat aku seram la!

 

 

            Cuti semester dah hampir berakhir. Cadangan awal nak cari kerja terkubur begitu sahaja. Akhirnya, aku jadi peneman setia ibu. Setia ke?

 “Ibu tengok makin rapat Bal dengan Epik?” semacam je dialog ibu?

“Rapat? Biasa je, ibu. Kadang-kadang Bal lepak luar, dia ada sekali. Port lepak yang sama. Itu je. Kenapa ibu?” aku bertanya perlahan. Memang betul pun. Aku memang selalu lepak di balkoni luar. Agak tenang suasana di situ. Kadangkala, terserempak pula dengan Taufik.

 

 

“Ibu ingatkan dulu Bal lagi suka abangnya?”.

“Ibu tak suka Bal kawan dengan Epik ke?” aku bertanya ibu. Jarang ibu bersikap macam ni. Salahkah kalau aku berkawan rapat dengan Epik? Kami tak pernah buat perkara yang tak elok.

“Ibu tak cakap macam tu. Ibu tanya je,” ibu berkata perlahan. Tapi aku dapat menghidu sesuatu yang tak berapa sedap sebenarnya.

“Kenapa ni bu? Lain macam je Bal tengok ibu?” dah macam sesi terapi pulak aku rasa!“Bukan apa Bal. Ibu cuma lagi suka kalau Bal rapat dengan Apis. Tapi terpulanglah pada Bal,” ibu berkata perlahan sambil tersenyum. Apis?

“Apis macam…. Tak tahulah Bal nak cakap macam mana. Bukan Bal tak suka dia tapi kadang-kadang Bal tak boleh masuklah dengan dia. Baik sangat!” luahku. Eh aku ni. Budak baik sepatutnya aku pertimbangkan. Apa sudah jadi?

“Bal tahu kan Apis suka kat Bal?” aku terdiam.

 

 

“Rasanya,” aku berkata perlahan. Aku bukan nak perasan. Tapi macam obvious sungguh!

 

 

“Ibu pun rasa macam tu. Dia pernah bagitau apa-apa kat Bal ke?” aku terdiam.

 

 

“Hint tu ada la. Dia tanya Bal dah berpunya ke. Lepas tu, dia kata boleh ke kalau dia masuk line? Bal tak jawab pun. Macam tu je,” jawabku. Kenal tak sampai dua bulan, terlalu awal rasanya untuk aku terima dia. Kalau dia suka aku la! Balkis perasan!

 

 

“Epik? Ada cakap apa-apa?” ibu bertanya lagi. Aku menggeleng kecil.

 

 

“Bal suka Epik kan?” ibu serkap jarang.

 

 

“Epik? Tak adalah, ibu,” jawabku tegas. Mana mungkin aku suka Epik. Kami kenal lebih kurang 2 bulan sahaja. Masakan terlalu awal hatiku terisi?

 

 

“Cinta tak kira masa Bal,” ibu tersenyum kecil. “Ibu tak halang Bal kawan dengan siapa, cuma ibu risau. Diorang tu adik beradik. Lain pulak jadinya nanti,” tambah ibu lagi.

 

 

“Diorang dah besar, bu. Takkanlah diorang serius sangat?” aku menyangkal kata-kata ibu.

 

 

“Cinta ni lain ceritanya, Bal,” aku terdiam.

 

 

 

“Semalam abang aku tanya something,” Epik membuka cerita.

 

 

“Apa?”

 

 

“Aku dengan kau ada apa-apa tak,” dia menjawab. Serius betul dia hari ni. Tak macam selalu.

“Kenapa dia tanya?” sibuk betul budak skema tu! Tiba-tiba aku rasa menyampah dengan dia.

“Mana aku tau. Dia suka kau kot,” jawab Epik selamba. Kami terdiam seketika.

 

 

“Kau… kau jawab apa?” aku bertanya perlahan pada Epik. Dia terdiam.

 “Kau rasa, kita ada apa-apa ke?” dia pulak yang bertanya. Tergamam aku! Oi, malulah aku nak jawab!“Mana aku tau,” itu je jawapan yang aku berikan. Aku nak tau jawapan kau. Kau tanya aku pulak! Eh, aku suka dia? Oh ibu!

“Aku pun cakap aku tak tahu,” dia menjawab juga soalan aku. Kau rasa ke apa yang aku, Epik? Kami terdiam selepas itu. Entah kenapa, lain pula rasanya. Entah-entah cuma aku yang bertepuk sebelah tangan.

 

 

 

“Bawak kereta tu elok-elok, Bal. Jangan nak memecut je,” entah kali ke berapa aku dengar dialog ibu tu. Dah rasa macam rewind CD pun ada.

 

 

“Baik ibu. Lagipun ini bukan first time Bal bawak kereta pergi kolej. Relaxlah ibu,” aku mengusik ibu.

“Kamu tu, bawak kereta laju betul ibu tengok. Jangan nak memecut!” aku mengangguk lagi sambil tersenyum. Ibu, ibu…

“Bal pergi dulu ye, ibu. Jaga diri elok-elok,” aku bersalam dengan ibu.

 

 

“Bal jaga diri jugak,” kata ibu perlahan.

           

          Aku meloboskan diri ke dalam kereta untuk balik ke kolej. Cuti sudah pun berakhir. Kelibat Taufik mahupun Hafiz langsung tak kelihatan. Tak nak cakap bye ke kat aku ke? Sampai gile hati korang! Aku membuka cermin kereta untuk melambai ibu lagi.

“Asy Balkis!” opocot mak kau! Halilintar membelah bumi ke?

“Oi perempuan! Kau blah tak bagitau aku pun!” sudahlah aku disergah tanpa mukadimah yang lembut. Dimarahnya aku depan ibu?!

“Eh, apa khabar, makcik?” dia menyapa ibuku. Baru perasan emak aku kat situ?!

“Makcik masuk dululah ye. Kamu boraklah dengan Bal. Bal, ibu masuk dulu. Bawak kereta elok-elok,” pesan ibu dan berlalu masuk kedalam.

 

 

“Kau kenapa? Tiba-tiba…..” tanpa sempat aku menghabiskan dialog aku, Taufik meloboskan diri ke dalam keretaku.

 

 

“Kau… Kau macam salah kereta je?” penuh bersopan aku bertanya.

 

 

“Epik?” aku memanggilnya apabila dia masih membisu. Apa hal pulak ni? Aku masuk ke dalam kereta semula selepas Taufik tidak menunjukkan sebarang reaksi.

“Kenapa kau…” aku terdiam. Dia ni pekak ke bisu?

“Oi! Kalau setakat nak duduk dalam kereta aku, rasa aircond, lepak-lepak, serupa kau duduk rumah!” marahku.

 

 

“Aku dah tau nak jawab apa dengan abang aku,” akhirnya dia bersuara.

“Jawab apa? Apa?” apa yang aku tanya ni?“Pasal soalan dia yang aku tak tahu jawab hari tu,” aku terdiam. Dia ni membebel apa ni?

“Soalan apa?”

 

 

“Kau saja je ke apa ni? Buat-buat tak tahu pulak!” marah Taufik.

 

 

“Yang kau emosional sangat kenapa?! Dah memang aku tak tahu! Cari gaduh pulak dengan aku!” aku pulak yang menjerit.

“Aku tengah nervous ni tau tak! Nervous!” aku rasa macam nak tendang kau keluar daripada kereta ni boleh tak?

“Ok, kau dengar aku cakap. Aku memang tak reti nak berbahasa macam abang aku. Nak tanya depan-depan pun aku tak pandai. Sekarang ni, kau dengar je apa yang aku nak cakap,” katanya tergagap-gagap.

 

 

“Ok,” aku mengangguk kecil.

 

 

“Ok!” dia diam pula.

 

 

‘Ok,” aku menyambung.

“Aku tak tahu kenapa, tapi aku rasa aku dah suka kau,” ternganga mulut aku! Apa maksud dia, ‘tak tahu kenapa’?

“Aku tak kisah sama ada kau suka aku ke tak. kalau kau suka abang aku pun, aku tak kisah. Aku dah biasa dah. Aku cuma nak kau tahu, aku suka kau. Itu je,” katanya. Dia menarik nafas lega dan menghembus kuat nafasnya.

 

 

“Ok, drive safely. See you,” katanya dan terus keluar daripada kereta membiarkan aku terpinga-pinga.

 

 

“Oi sengal! Kau nak blah macam tu je? Cakap yang bukan-bukan, lepas tu ‘drive safely. See you’,” aku mengajuk kata-katanya. Dia menghentikan langkah.

“Aku gelabah tau tak?” dia marah aku?!

“Ok, tarik nafas…” aku bermonolog. “Aku rasa aku suka kau jugak,” kataku laju. Dia terdiam. Kenapa perbualan ni macam pelik je?

“Oh,” itu sahaja jawapannya. Nampak sangat gugup dua-dua ekor!

 

 

“Aku blah dulu. Nak balik kolej,” aku berkata.

 

 

“Ok. Bawak kereta elok-elok,” pesan Taufik.

           

 Aku masuk kedalam kereta sebelum tersenyum kecil dan melambai pada Taufik. Sepanjang perjalanan, tak lekang senyuman di bibirku. Eh, alamak! Lupa nak mintak nombor Epik!!!!!   

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1)

    aku rase cam dh betulkn td.. space antara ayat tu cam serabut sket.. sory2...
    cerpen ni aku buat dlm dekat2 sebulan aku rase! aku takde idea sgt la.. tp nk menulis.. huhu.. dah alang2 korang bukak page ni, bace je la yerk? keke... enjoy..

  • 2) nameless..bess gler cite ni....sambung cpat..aku pon cAM SUKE JE KAT EPIKK 2..WAHAHAHHA...NEXT...wahahhaa..cantek ah ko nameless....
  • 3) tu la... kadang-kadang lelaki ni kalo baik sgt pon tak best jugak, rock sgt pon tak elok pulak. agaga

  • (Penulis)
    4) erk gnee... kna sambung ye? keke.. igtkn nk habiskn kat sini jerk.. huhu... saye suke epik gak.. tak suke la laki yg baik sgt cam apis tu.. keke..
  • 5)

    la kat c2 je ke...cehhh..aku igt kan ko nak sambung..tergantung la...x kan cam2 je..nak la tau mcm mana hubungn dioorg sterusnya...kihkihkihkih..demand...

    p/s: kalo ko x nak sambung pon x pa...aku igtkan cite ni bersambung2...hihi

  • 6) comey~ sweet

  • (Penulis)
    7)

    tergntung yerk? haha! aku mmg bermasalah sket tuk ending2 ni.. so, kalo aku nk smbung, kna buat part 2 la yerk? erm.. akn ku cuba.. tp tak jnji la.. haha!

  • 8) erk.. sanggup jatuh hati ngan lelaki muka hensem tapi SUARA KATAK. OMG save me. the world is weird

  • (Penulis)
    9) suara doesn't matter in a relationship.. haha! prinsip ar konon. ada apa pada suara? biar sumbang bila nyanyi, asal macho bile berckp.... keke..
  • 10)

    nak nombo telepon epik gak. hehehehhehe. suka laaaa cite nih. sila sambung ye cik nameless.

  • 11)

    hu3.. sbulan?? perghh..such a long time to make a cerpen.. like d story..oklah.. tapi mcm xexplain sgt how bal fell for epik..n epik for bal..=)

    p/s: suke guy yg sengal gak..tapi tidak yg brsuara KATAK! hehhehe

  • 12) err..name aku epik...hihi..so, ade sape2 nak bkenalan??

  • (Penulis)
    13) keke.. smpat lak promote diri...
  • 14) bestler citer ni.... selamba dan spontan. comel sangat time luah perasaan memasing tu. sama2 gabra. mesti kelakar....
  • 15) haha... menarik.. menarik... waktu mula2 baca, terpk yg epik=apis. dia pura2 jek nk uji si bal nie rupa2nya smpi ending tak pnah nk jumpa derang sesame... hurm.... curious... but anyway, it's very interesting.. hehe...
  • 16) best!!!btl la stuju dgn jojo.lelaki baik sgt pn xbest gak...cm de yg xkne je.tu dr pengalaman ptri sndri la...hehe

  • (Penulis)
    17) shazmiey n puteri - tq...

    mizzteryGurl - baru perasan yang si kembar ni mmg tak ada scene bersama erk?? hehe...
  • 18) best n klaka
    hehhehheeh
  • 19) >taufik=epik:like some one..;)
  • 20) naise =)

Cerpen-cerpen lain nukilan nameless

Read all stories by nameless