Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

“Perempuan, Begitu Mudah Hatimu Lembut, Menerima Tanpa Mengira Akibatnya. Memaafkan Dan Kemudiannya Merana.” Aku Bermonolog Sendiri Yang Kadangkalanya Sedih Berbaur Marah.

“Perempuan, begitu mudah hatimu lembut, menerima tanpa mengira akibatnya. Memaafkan dan kemudiannya merana.” Aku bermonolog sendiri yang kadangkalanya sedih berbaur marah.

Cinta atas dasar tanggungjawab dan simpati tidak akan melahirkan kebahagiaan. Tapi aku harus fikir anak aku, melepaskan dia pergi saat anak kami masih perlukan kasih sayangnya? Anak yang tidak mengerti apa-apa, bakal kehilangan abahnya. Oh sayang! Mama tak sanggup! Kesian anak mama! Tapi, patutkah aku meneruskan hubungan yang sia-sia ini? Tuhan! Aku benar-benar bingung!

 

Rupanya...

   Baru aku tahu yang dia dah tak ada rasa apa-apa untuk aku. Selama ni dia hanya menjaga hubungan sesama manusia, tanpa ada rasa cinta dalam hatinya. Jiwanya kosong, tiada tempat untukku. Selama ini aku hanya bertepuk sebelah tangan, bermain perasaan, hanyut dalam lautan cinta sendirian. Patutlah selama ni aku rasa seolah-olah aku terkapai-kapai mencari arah. Rupanya nakhoda aku tak perlukan aku, tak betul-betul perlukan aku. Aku hanya pelengkap hidupnya, bukan pelengkap jiwanya. Itupun kalau dia rasa aku ni melengkapkan lagi hidupnya. Atau mungkin dia rasa aku ni hanya menyusahkan dan menyesakkan hidupnya?

   Aku memang betul-betul tak sangka. Sebab layanannya terhadapku, kata-katanya melalui sms, menunjukkan dia ada rasa untukku, walaupun tak sepenuhnya. Rupa-rupanya, kosong semata-mata. Selama ini aku hanya menyeksa hidupnya, berkahwin dengan orang yang tak ada makna dalam hatinya. Mungkin dalam hatinya masih ada kekasih yang lama, yang berjaya mencuri tempat di dalam hatinya menggantikan aku.

   Bodohnya aku selama ini sebab tak menyedari semua itu. Sebenarnya, naluri aku pernah berkata bahawa lelaki ini tiada perasaan untukku lagi. Tetapi akalku melarang aku berfikir sedemikian. Kalau ya dia memang dah tak ada rasa untukku, kenapa dia minta supaya kami ditunangkan segera? Kenapa dia minta tarikh perkahwinan kami dipercepatkan? Semuanya menunjukkan tanda-tanda yang dia sudah tidak sabar-sabar mahu berkongsi hidup denganku. Rupanya, barulah aku tahu. Dia minta dipercepatkan perkahwinan kami, mungkin untuk dia melupakan kekasih lama, atau mungkin untuk beri ruang pada dirinya secepat mungkin agar cuba berusaha menyayangi aku. Atau sekadar menjaga hati orang tua kami yang sedari dulu tahu mengenai hubungan kami. Kenapalah selama ini aku tak nampak? Aku berada di awangan hingga aku lupa keadaan bumi yang sebenar. Aku terlalu hanyut dengan perasaan cintaku sendiri hingga aku lupa untuk menilai perasaannya. Ah! Jahatnya aku. Terlalu mementingkan diri sendiri hingga lupa untuk bermuhasabah dan merenung jauh memikirkan hubungan ini.

   Patutlah begitu mudah dia melenting walau kesalahan ku sebesar hama. Apatah lagi kalau salah aku sebesar gajah!

   Terlalu banyak ingin aku bicarakan di sini. Akalku berfikir ligat. Berbagai persoalan timbul. Dan perasaan ku kini juga, seolah-olah 'numb'. Blur. Tiada rasa. Kosong.

   Kenapa di saat ini baru timbul semua ini? Kenapa tidak dia timbulkan sebelum kami kahwin dulu? Kenapa dia masih terima aku walau hatinya terisi dengan kehadiran orang lain? Ya, mungkin aku dulu bodoh sanggup membunuh diri jika dia tinggalkan aku. Tapi, bukankah dia boleh pergi begitu saja selepas berjaya membuat aku berjanji untuk tidak mengulangi benda yang sama, membelakangkan Tuhan dalam membuat keputusan? Kenapa dia tidak pergi saja tinggalkan aku?

   Aku pernah beritahu dia untuk tinggalkan aku andai benar dia inginkan perempuan itu. Kerana aku tak mahu bergaduh kerana lelaki, dan aku juga tak mahu dia terus denganku dengan hati yang tidak ikhlas. Aku yakin andai dia tinggalkan aku, pasti ada juga jodohku nanti, tak kiralah dengan sesiapapun. Aku yakin dengan qada' dan qadar Tuhan tetapkan untuk aku. Tapi dia bersungguh-sungguh untuk meneruskan hubungan kami. Malahan dia putuskan langsung hubungannya dengan perempuan itu. Tika itulah aku begitu yakin, yang dia benar-benar sayangkanku dan sedar betapa penting aku dalam hidupnya. Ah! Perempuan, begitu mudah hatimu lembut, menerima tanpa mengira akibatnya. Memaafkan dan kemudiannya merana.

   Apa yang patut aku lakukan sekarang setelah tiada lagi cinta dalam hatinya? Melepaskan dia pergi saat anak kami masih perlukan kasih sayangnya? Anak yang tidak mengerti apa-apa, bakal kehilangan abahnya. Oh sayang! Mama tak sanggup! Kesian anak mama! Tapi, patutkah aku meneruskan hubungan yang sia-sia ini? Tuhan! Aku benar-benar bingung!

   Hubungan suci tak patut diteruskan andai tiada rasa cinta. Tanpa cinta, akan timbullah benci. Tanpa cinta, kesilapan yang sedikit boleh mengundang pergaduhan yang besar. Tanpa cinta, kemanisan berumahtangga pasti tiada. Tanpa cinta, yang tinggal hanyalah rutin-rutin hidup yang kosong, yang dilakukan hanya demi rasa tanggungjawab - maka kita pasti tak akan melaksanakan tanggungjawab tersebut sehabis baik.

   Tapi, andai hubungan ini berakhir di sini, bergegarlah Arasy, murkalah Tuhan. Dua keluarga yang baru sahaja hendak berbaik-baik akan berpecah-belah. Yang sini salahkan yang sana, yang sana salahkan yang sini. Aku tak mahu semua ni berlaku. Tolonglah aku Tuhan!

   Namun aku katakan juga padanya, andai cinta yang dia cari, aku rela andai dia pergi. Kerana aku telah menyeksa hatinya selama beberapa tahun ini, dan aku tak mahu dia terseksa lagi. Aku terlalu sayangkannya aku tak mahu dia merana lagi. Selama ni dia hanya memendam rasa demi aku. Seharusnya aku pula berkorban untuknya demi rasa cintaku ini. Namun abang, jangan diduakan aku seperti yang pernah dilakukan dulu. Rasa pedih dan seksa itu amat berat untukku tanggung bagi kali yang kedua. Tinggalkan dan lupakan aku, jika itu yang dia mahu. Aku sudah cukup dewasa untuk menanggung rasa sunyi. Tapi aku tak mampu menanggung rasa cemburu dan dihantui perkara-perkara yang mampu membuatkanku menjadi seorang yang gila. Pergilah sayang, andai itu dapat memberimu bahagia. Aku redha.

   Tapi andai kau mahu teruskan perhubungan ini, sayangilah aku. Cintailah aku sepenuh jiwa dan ragamu. Jangan disakiti aku.

   Mungkin padanya, tiada lagi cinta untukku. Tapi bagiku, dialah kekasih hatiku dunia dan akhirat. Cintaku tetap untuknya. Ah! Hati seorang perempuan memang dicipta untuk menjadi pecinta yang setia!

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Fantasi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) Komen plis!
  • 2)
    Namun aku katakan juga padanya, andai cinta yang dia cari, aku rela andai dia pergi. Kerana aku telah menyeksa hatinya selama beberapa tahun ini, dan aku tak mahu dia terseksa lagi. Aku terlalu sayangkannya aku tak mahu dia merana lagi.

    :::  tau x, baru semalam je hampir broke up. alasan sama je macam atas tuh. maybe dia ada pro sendiri, maybe juga ada yang terkurang. bawak bincang. nah, jalan asalnya agama. pulang ke jalan asal. bincang kembali ke pangkal.

    kalo xleyh gak, tanya ah ustaz2, psikologist, pakar runding, byak langkah before berpisahkan, ...

    asingkan tempat tidur, bla2.. 
    tapi, sebabkan monolog itu dari perempuan, tingkatkan layanan mungkin salah satunya.

    mungkin agak kasar kerana aku lelaki, tapi kalau mampu, jangan tamak. kongsi husband not mean kongsi cinta. tapi tambah satu lagi cinta. pengorbanan itu, besar harganya.

    mengikut fadhilah kamsah, waktu pasangan untuk serasi adalah 5~7 tahun selepas kahwin. nah sabarlah.. berdoalah agar Allah tunjukkan jalan mudah untukmu. ibu-bapa aku pub dah tua-tua pun gaduh agi pasal perempuan lain. ntah betol ntah tidak. tapi cepat2 berdoa, dan Allah ada di sisi. selamat lagi.
  • 3) yang sudah terjadi, redha, yang akan berlaku, tawakkal dan berusahalah.
    bak kata zinggof. jalan asalnya, agama. :)

  • (Penulis)
    4)

    kongsi husband? mudah bagi yang melihat untuk berkata-kata... tapi yang menanggungnya?
    hati perempuan itu begitu halus, sukar ditafsir dengan mata kasar. 
    hanya mereka yang pernah mengalaminya yang faham bagaimana rasanya.

    memang jalan yang terbaik adalah kembali pada agama. tapi harap maklum, ini hanya luahan rasa, monolog seorang insan yang bergelar perempuan/isteri. 


    btw, ini hanya rekaan semata2 tau! :P
    diolah, ditambah garam+gula+ajinomoto dari pengalaman seorang sahabat...

  • 5)

    hmm kalau tulis puisi, cerpen atau novel cube elakkan tulis "...apa2". kata asal gandaan "apa-apa". one more cuba elakkan "tp, byk..." sebab tulisan harus terkesankan serius. flow penting ya... 

    citer dah comel dah.... i like it.

  • 6)

    perlu cinta utk mewarnai idup..tapi tanpa cinta xsemestinya hidup tak boleh diteruskan... cinta itu macam asam.. kdg2 sedap kdg2 over masam...hehhehehehe


  • (Penulis)
    7) gerimis: dah edit dah. terima kasih di atas teguran anda.
  • 8)

    memang takdirnye hati seorang perempuan adalah halus.... 
    memang takdirnye seorang perempuan akan setia pada lelaki yang dicintai ......
    memang susah nak lupakan orang yang kite cinta........
    kalau boleh memang perpisahan tu nak dielakkan...
    tapi kalau terjadi jugak........
    anggaplah itu satu dugaan....
    tabahkan hati dan teruskan hidup.......
    tuhan takkan menguji kite lebih dari kemampuan diri kite sendiri...

    touchy giler citer ni......great....tapi tak puas....ending die macam tetibe sangat....

  • 9) cinta 2 bleh dipupuk kan...slagi ade masa..cuba lah..sian kat ank 2..ye x....x pe kita merana..yg penting anak..bahagia...ye x...
  • 10)

    tu la, dlm berkarya penting untuk tulis perkataan penuh. kalau komen tu lain cerita la. lebih terkesan dan sedap mata memandang membaca apa-apa berbanding apa2. good point gerimis :)

Cerpen-cerpen lain nukilan mamaimran

Read all stories by mamaimran
No stories.