Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Ibu dah Ayah

 

IBU AYAH

 

[Mum dan dad, memang sepi hidup ini anne bersendirian . Terasa berkurun lamanya namun anne redha dan pasrah berlari bersama masa tanpa insan yang anne sayangi.

 

Mum! Dad!

 

Maafkanlah anakmu ini, pipi anne selalu kebasahan bila kenangan itu sering menerjah ruang hati. Andainya mum masih ada pasti mum bangga dengan anne yang mewarisi apa yang ada pada mum, yang mana dad sanggup meninggalkan family semata-mata kerana mum.

 

Mum

Cuma satu yang tidak dapat anne warisi dalam usia menjangkau duapuluhan mum sudah bergelar isteri. Namun anne masih meneruskan hidup ini tanpa mengharap dan mencari.

 

Mum ketahuilah selepas mum meninggalkan dad, abang er dan anne, kami terlalu berduka rasanya tidak mampu nak meneruskan hidup ini. Walau pun dad masih dapat memberi tumpuan pada anne dan abang er, anne tahu dad berpura-pura bahagia, dad selalu memainkan lagu myway dan love story.

 

Walau pun cd telah rosak namun anne masih simpan dan anne telah beli yang baru dan kini anne yang akan selalu memutarkannnya, tapi setiap kali itulah titis air mata.

 

Mum

setelah itu dad pula yang meninggal anne dan abang er. Coretan yang anne taipkan ini beberapa kali terhenti kerana sebak menahan rasa dan seperti hujan sedang turun dengan lebatnya, guruh berdentum, kilat sabung menyabung. Di pantai lautan bergelora.

 

Dad pergi menjejaki mum . Kemudian abang er pula meninggal anne ke negara asing dan akhirnya terpikat dengan gadis di sana dan kini abang er telah menetap disana dan punyai sebuah keluarga.

 

Mum maafkan anne! kini anne bukan anne lagi , anne telah menukarkan nama yang baru. nama anne telah terkubur. Anne telah memilih nama islam seteleh anne betul-betul mempelajari islam dan mendalami anne telah mengambil keputusan menukar nama yang melambangkan seorang wanita islam di dunia ini yang tabah dan menjadi contoh pada wanita-wanita di dunia selepas beliau meninggal. Di dalam hadith pun banyak membicarakan perihal beliau.

 

Mum! anne sendiri yang memilih nama ini dan memang sukar untuk anne menukar nama banyak procedure yang anne lalui tapi syukur-alhamdulillah Allah telah mempermudahkan jalanan hidup ini.

 

Mum dan dad akhir mei ini anne akan menziarahi pusara mum dan dad. Maafkan anne hampir setahun anne tidak kesana , kini tiada kampung untuk pulang setia kali anne menyambut hari raya selepas sembahyang raya anne akan terbang temui abang er untuk menghabiskan cuti-cuti anne.

 

Mum, dad! ketahuilah kini punyai sepasang cucu. Abang er kini bahagia bersama keluarganya. Cuma anne yang belum pasti.

 

Mum,dad ! anne kini tidak pasti kemana arah tuju anne, tapi anne bahagia walau pun bersendirian di sini. Mungkin dalam masa dua tahun lagi anne akan berhijrah seperti abang er juga. Sebenarnya anne mimpikan mum yang datang menemui anne tanpa berkata apa pun kemudian berlalu , bila terjaga anne dapati jam dua pagi dan dah tidak dapat lelapkan mata., kemudian anne terdengar ada suara yang menyatakan "........(panggilan nama baru anne) ..........saya sayangkan awak!.....tapi anne tidak tahu suara siapa dan ia tidak berwajah. Mungkin itu hanya ilusi anne.

 

Mum, dad jangan lupa menanti keda-anne nanti. Anne dah apply cuti akan anne bawa bersama kelopak bunga-bunga mawar kesukaan mum, kalau mum dapat lihat tentu mum suka, di peginapan anne dipenunhi dengan lukisan-lukisan mawar yang indah dan di ruang tamu sentiasa ada kembang mawar berseri, cuma tiada semerbaknya seperti mawar kampung.

 

Mum, dad izinkan anne menamatkan luahan hati ini. Sebentar lagi pasti azan subuh akan berkumandang. Salam dari anne yang sentisa merindui.

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) mak aih, keciknya font. besarkan sikit ye. kecik sgt, tak mampu nak baca dan nak fahamkan kalau kecik sgt.
  • 2) aa..tlong editkan. plis2

  • (Penulis)
    3) sorry la teman2...sha pun xtau nape
    jadi gini....he...he....he...
  • 4) er anda dijemput ke link ni >> http://www.kapasitor.net/community/post/990
  • 5) silap mate dakukah? nih bkn kecik melainkan gaban besar tulisan. eh?
  • 6) dia baru edit tu k.zu..

  • (Penulis)
    7) Salam all...opss sorry for any inconvenience and ur cooperation will be most appreciated...thanks!!!
  • 8) pembetulan:
    meninggal (mati)----> sebetulnya meninggalkan bukan?
    keda-anne ----> nak sebut kedatangan anne ke?
    peginapan---> penginapan
    dipenunhi--> err..pon salah eja gak..huhuu

    komen: overall okey tapi byk kesalahan ejaan yg merencatkan perjalanan pembacaan~ sebolehnya sebelum post, semak balik ejaan.. err..syud pun masih bertatih~ sama2 kita blajar okey?? =)

  • (Penulis)
    9) Salam!!!!
    Terima kasih Syud diatas teguran dan bimbingan.
  • 10) nice2.. overall ok, sket2 je salah ejaan... bestla...

    btw, untuk Mum,Dad tu cam kata nama khas je...so huruf m ngan d tu better guna huruf besar kot.. huhuhu...

Cerpen-cerpen lain nukilan mysha08

Read all stories by mysha08
No stories.